Pengindahan sungai ROL juga termasuk laluan berbasikal dan berjalan di sepanjang dua sungai. Laluan adalah 10.7km regangan dan disambungkan ke satu sama lain. Berikut adalah peta laluan.
Berbasikal merupakan salah satu bentuk mobiliti aktif selain berialan kaki. Bersama dengan pengguna Peranti Mobiliti Persendirian (PMD), berbasikal dan berjalan kaki turut menyumbang dalam mencapai inisiatif mobiliti hijau untuk mengurangkan pencemaran karbon. Kuala Lumpur dengan Bluprin Masyarakat Rendah Karbon telah mengenalpasti bahawa berbasikal sebagai salah satu tindakan strategik yang perlu untuk dipertingkatkan. Di seksyen ini, pelan induk mencadangkan pelbagai strategi untuk penglibatan pembangunan berbasikal masa hadapan, bukan sahaja untuk rekreasi tetapi lebih penting sebagai mod pergerakan. Pada tujuan ini, penumpuan diberikan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penunggang basikal begitu juga memastikan penyediaan infrastruktur - infrastruktur dan kemudahan - kemudahan sokongan untuk berbasikal yang mencukupi.