Bahasa:
Saiz:
Warna Teks:
River of Life River of Life River of Life River of Life
Saiz:
Warna Teks:

Carian

Taman Tasik Titiwangsa

  • Kongsi ini:
Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang terletak di timur laut Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan sampan kayuh, kayak, taman permainan kanak-kanak, padang permainan lalu lintas, menunggang kuda dan pancutan air berirama. Terdapat juga gelanggang tenis, kompleks sukan, dewan skuasy dan lain-lain kemudahan sukan.
 

Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein Onn, sebelumnya dinamakan Taman Jalan Kuantan. Nama Taman Tasik Titiwangsa dipilih memandangkan Titiwangsa adalah banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Nama tersebut dirasakan sesuai kerana pemandangan tanah datar kawasan taman itu serta kehijauannya menggambarkan suasana pemandangan dan iklim banjaran gunung tersebut. Kerja-kerja membinanya telah bermula pada tahun 1975 dan akan dilengkapkan dengan berbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, gelanggang tenis, rumah kelab, padang permainan dan lain-lain. 
 

Taman Tasik Titiwangsa

 

Pengisytiharan ini dibuat bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-6. Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan pameran diadakan sempena sambutan ini sama ada di taman itu sendiri atau pun di tempat-tempat lain di Wilayah Persekutuan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Yaakub Latiff yang turut hadir berharap Taman Tasik Titiwangsa menjadi kemegahan Kuala Lumpur dan dapat memenuhi keperluan para penduduk di sekitarnya seperti di Ulu Kelang, Datuk Keramat, Kampung Bharu, Jalan Pekeliling, Jalan Pahang, Sentul, Setapak, Gombak dan Batu Caves. Sementara itu Perdana Menteri berkata dengan nama yang baik akan tercapailah hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar dalam taman. Dengan adanya Taman Tasik Titiwangsa ini masyarakat Kuala Lumpur tidak lagi akan tertumpu di satu-satu taman sahaja untuk beristirehat pada hujung minggu dan musim cuti. Kawasan ini merupakan kawasan yang semulajadi di mana terdapat kolam bekas lombong dan kawasan lapang yang kini di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah giat membangunkan kawasan lombong yang terbiar disamping menyediakan tempat rekreasi di kawasan lapang dan perumahan untuk menggalakan aktiviti rekreasi di kalangan semua peringkat penduduk di sekitar wilayah Persekutuan. Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur.
 

Pelan Taman Tasik Titiwangsa_Nama Bangunan

 

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit. Maka, tidak hairanlah apabila Taman Tasik Titiwangsa menerima Second Place Gold di International Awards for Liveable Communities 2021 di bawah Technology and Solution Project.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176386 /6402.
 

Taman Permainan

Peralatan di taman permainan memenuhi keperluan pengguna di pelbagai peringkat umur, dan ia sangat sesuai untuk kanak -kanak. Pada 25 Oktober 2019,  pasukan projek menjemput beberapa keluarga dan anak-anak mereka untuk menguji taman permainan tersebut.  

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.
 

Screenshot 2022-07-14 at 1.00.16 AM

 

Maze Garden

Laman Kerawang atau 'Maze Garden' di Taman Tasik Titiwangsa adalah taman pagar sesat yang diilhamkan dari rekabentuk kerawang yang biasa dijumpai di wilayah Nusantara. Ketinggian tanaman pagar ini ialah 1.2 meter dan di celah-celah pokok, terdapat 16 lampu rama-rama LED yang akan menjadi lebih menarik pada waktu malam.

Screenshot 2022-07-14 at 1.02.24 AM


Banjaran Walkway

Sebelah malam, sudut Banjaran Titiwangsa paling memukau dengan keindahan cahaya dengan ‘canopy walk’ yang dibina daripada pelantar kayu sepanjang lebih 100 meter. Bahagian bawahnya terdapat aliran jeram mini yang deruan airnya mampu menghilangkan tekanan selepas seharian bekerja. Pelbagai spesies pokok seperti pokok pain dan ru menjadikan suasana seperti berada di luar negara. Jika anda berkunjung ke sini pada waktu pagi, terdapat kabus yang keluar daripada bahagian bawah. Pemandangan sejuk itu bagi menterjemahkan suasana di Banjaran Titiwangsa yang hijau dan dingin.
 

Screenshot 2022-07-14 at 1.21.05 AM

 

EPILOG

Dengan landskap tebing sungai yang indah dan laluan pejalan kaki yang luas, kawasan River of Life telah menarik perhatian ramai pengunjung, terutamanya peminat sukan. Tarikan ini akan terus berkembang, memandangkan pasukan projek ROL secara aktif terlibat dengan orang ramai melalui Publoc Outreach Program yang bertujuan untuk mendidik orang ramai untuk melindungi sungai -sungai kita.

Projek ROL telah menerima banyak anugerah antarabangsa, memenangi anugerah emas dalam kategori Technology and Solution Project Awards dalam International Awards for Liveable Communities 2021. Pingat emas pertama telah dianugerahkan kepada Rol Precint 7, yang meliputi kawasan di antara Dataran Merdeka dan Dayabumi, dan kerja -kerja menaik taraf untuk Taman Tasik Titiwangsa yang menerima pingat emas kedua.


Tag:
ROL Admin

ROL Admin

Transforming Sungai Klang and Sungai Gombak into dynamic & livable waterfront icons with high economic value