Bahasa:
Saiz:
Warna Teks:
River of Life River of Life River of Life River of Life
Saiz:
Warna Teks:

Carian

Taman Tugu

  • Kongsi ini:
Taman Tugu

Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan berasaskan keuntungan yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam dan organisasi masyarakat sivil.

Tapak Taman Tugu seluas 66 ekar ini pada asalnya dibawa ke perhatian Khazanah sebagai cadangan untuk dijadikan sebuah taman tema tarikan pelancong yang berasaskan keuntungan. Pada masa yang sama, pemaju lain juga turut mengejar untuk mendapatkan tanah ini dengan tujuan pembangunan komersial.

Berdasarkan maklum balas daripada pelbagai komuniti dan penglibatan dengan organisasi seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Khazanah mengetengahkan cadangan untuk mengekalkan dan memulihara hutan sekunder yang terkandung di dalam tapak 66 ekar tersebut.

Dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sejumlah 1,000 pohon pokok yang sedia ada di tapak telah dikenal pasti untuk dipelihara. Ini termasuk spesies tempatan seperti Jelutong, Tembusu, Pulai dan Gaharu – kebanyakannya berukuran lebih daripada 1 meter diameter dan dalam kalangan usia 100 tahun.

Lebih 4,000 pohon pokok berusia purata 8-10 tahun yang terdiri daripada lebih daripada 230 spesies hutan hujan tempatan telah ditambahkan ke tapak tersebut. Pokok-pokok ini diperolehi daripada tapak-tapak semaian tempatan dan merangkumi sejumlah 1,000 pohon pokok yang dikategorikan sebagai “Terancam” atau “Terancam Kritikal” oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa (IUCN) seperti spesies Keruing, Meranti dan Mersawa.

Salah satu kriteria dalam pemilihan pokok yang ditambah ke tapak ini ialah jenis fauna yang tertarik kepada pokok-pokok tersebut. Peningkatan fauna akan menambahkan lagi biodiversiti tapak dan menggalakkan pendebungaan semula jadi serta ekosistem yang lebih sihat. Hasil daripada usaha ini adalah tapak tersebut akhirnya mempunyai lebih daripada 200 pokok setiap ekar – serupa dengan hutan hujan sebenar.
 

support_us_07

Laluan-laluan denai hutan dibina secara “discoverable” untuk memastikan tiada dari kalangan pokok yang dikenalpasti oleh FRIM terjejas. Semasa laluan-laluan tersebut sedang dibina, didapati bahawa tapak tersebut telah disalahguna dan dijadikan tempat pembuangan sampah haram. Setakat ini, lebih daripada 300 lori berisi sampah telah dialihkan dari tapak – ini termasuk sisa-sisa pembinaan, sampah rumah dan juga jarum yang dipercayai ditinggalkan oleh penyalahguna dadah yang sering mengunjungi tapak tersebut.

Apabila berjalan di denai, anda akan perasan kewujudan pohon-pohon pokok kelapa sawit di sepanjang laluan-laluan denai. Mengikut fahaman kami, pohon-pohon tersebut telah dibawa masuk oleh pihak pegawai British yang mendiami tapak ini semasa era pra-kemerdekaan. Difahamkan juga bahawa benih pohon kelapa sawit tersebut berasal dari Afrika Barat dan ditanam atas tujuan hiasan.
 

Pengenalan Taman Tugu

Selepas kemerdekaan, tapak ini pula didiami oleh pegawai-pegawai kerajaan Malaysia termasuk Presiden Pertama Malaysia, Pengarah Pertanian Pertama Malaysia dan Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin. Tapak ini akhirnya dijadikan tempat kuarters kerajaan dan kesan peninggalannya seperti lantai-lantai konkrit boleh dilihat dengan jelas di sepanjang laluan-laluan denai.

Di atas tapak Taman Tugu terdapat juga sebuah Surau-Jumaat, yang bernama Madrasah Bustanul Ulum, dan 4 buah kuil Hindu yang sedia ada dan masih beroperasi. Bangunan-bangunan tersebut juga merupakan kesan pinggalan komuniti-komuniti yang pernah mendiami tapak tersebut suatu ketika dahulu (terutamanya pihak British, pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia, dan komuniti kuarter Kerajaan). Selaras dengan salah satu prinsip utama projek Taman Tugu, iaitu untuk mengekalkan “residen-residen” yang sedia ada di tapak Taman Tugu, sebuah Surau-Jumaat dan sebuah kuil Hindu yang baharu serta lebih baik telah dibina di atas tapak tersebut sebagai ganti. Tapak bangunan-bangunan lama tersebut juga telah dibaikpulih dan dijadikan sebahagian daripada taman hutan Taman Tugu. Tambahan pula, bangunan Institute of Strategic and International Studies Malaysia (“ISISM”) and Rumah-Kelab Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (“PPTD”) yang terdapat di atas tapak Taman Tugu juga akan dikekalkan dilokasi mereka yang sedia ada.

Tapak Taman Tugu yang seluas 66 ekar ini akan dipindahkan ke bawah Amanah Warisan Negara (“AWAN”) untuk diurus dan dilindungi selama-lamanya sebagai sebuah kawasan hijau awam. AWAN ialah sebuah badan amanah yang diasaskan oleh Khazanah Nasional Berhad dengan objektif untuk menerajui projek-projek yang berunsurkan pemeliharaan, pemulihan dan/atau pengoperasian ruang awam serta asset-aset warisan yang mempunyai kepentingan negara – sepertimana yang diilhamkan oleh “National Trust for Places of Historic Interest or Natural Beauty”, yang lebih dikenali sebagai National Trust UK.

Aktiviti Taman Tugu


Tag:
ROL Admin

ROL Admin

Transforming Sungai Klang and Sungai Gombak into dynamic & livable waterfront icons with high economic value